PEMULANGAN BARANG

 Kerosakan Barangan
1. Kami menjamin bahawa:
a) Produk yang akan dihantar tidak rosak menurut kuantiti yang ditempah; dan
b) Produk tersebut akan mematuhi arahan terkini yang diterbitkan oleh pengeluar seperti yang dinyatakan di laman web kami atau dalam bahan Produk kami ketika anda membuat Tempahan.
2. Produk seharusnya digunakan hanya menurut arahan terkini yang diterbitkan oleh pengeluar seperti yang dinyatakan di laman web kami atau sepeti yang kelihatan pada produk itu sendiri. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penggunaan Produk tersebut hanya mengikut arahan tersebut.
3. Sebelum penghantaran, kami mungkin membuat beberapa penyesuaian kecil kepada bahan, warna, berat, ukuran, rekaan dan ciri lain yang munasabah.
4. Kami gigih berusaha untuk menghantar Produk dalam keadaan yang sangat baik. Bagaimanapun, jika anda memaklumkan kepada kami bahawa Produk tersebut rosak, anda bersetuju untuk menyimpan Produk tersebut dalam keadaan asal untuk diperiksa oleh kami (agen kami) dalam tempoh yang munasabah.
5. Untuk memberikan anda mana-mana remedi terbaik bagi Produk rosak, kami mungkin memerlukan bantuan anda dan penyediaan segera bagi maklumat tertentu berkenaan dengan Produk, termasuk:
a) anda menyatakan maklumat munasabah seperti yang didakwa bahawa Produk tersebut rosak atau cacat; dan
b) anda perlu memberikan kami nombor nota penghantaran serta maklumat lain yang kami perlukan secara munasabah.
6. Jika anda mahu untuk kami membaiki, menggantikan atau memberi pulangan terhadap Produk yang selaras dengan Kontrak tersebut, kami dapati bahawa Produk tersebut telah:
a) disalahguna, atau tertakluk kepada pengabaian, penjagaan tidak betul atau kurang memadai, kecuaian, rosak atau keadaan luar biasa; pecah semasa proses penghantaran oleh kurier penghantar atau
b) terlibat dalam mana-mana kemalangan atau kerosakan yang disebabkan oleh cubaan yang salah ketika pengubahsuaian atau pembaikan; atau
c) diuruskan atau digunakan bertentangan dengan arahan pengeluar bagi Produk tersebut; atau
d) lusuh setelah selalu dipakai, selepas kami melakukan penghantaran, kami boleh menurut budi bicara kami, berkeputusan untuk tidak membaiki, mengganti atau memberi anda pulangan untuk Produk tersebut dan/atau kami mungkin memerlukan anda untuk membayar semua kos pengangkutan dan kos servis yang munasabah menurut standart terkini bagi yuran, kos dan akan dicaj ke dalam kad kredit atau debit anda, atau butiran pembayaran yang anda berikan kepada kami apabila anda membuat tempahan, dan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas anda bagi sebarang kerugian, liabiliti, kos, kerosakan, caj atau perbelanjaan yang timbul.

Pemulangan & Pertukaran Barangan
Sebarang pemulangan dan pertukaran barangan boleh dibuat dengan mengikut terma dan syarat dari syarikat kami. Barangan selain pakaian dalam, bikini, seluar wanita, suit mandi kanak-kanak, seluar renang lelaki dan subang boleh dipulangkan jika masih belum dipakai, diubah atau dibasuh.
a) Setiap barangan perlu dipulangkan dalam keadaan asal dengan tanda yang masih terpasang. Kasut perlu dipulangkan dalam pakej asal termasuk kotak yang tidak rosak.
b) Kami tidak boleh menerima pemulangan tanpa kotak atau dengan barang yang calar dan/atau kotor.
c) Pertukaran barang untuk item yang rosak hanya boleh dibuat jika item itu didapati rosak atau tidak berfungsi seperti yang dinyatakan di dalam web kami pada masa penggunaan pertama (First Time Attempt) sahaja.
d) Hanya pemulangan melalui khidmat kurier adalah diterima, kerana kami tidak menerima sebarang penghantaran secara persendirian.
e) Kos penghantaran untuk kurier barang daripada pelangan adalah dibawah tanggungan pelangan dan tidak boleh dituntut kos penghantaran barang rosak/tidak berfungsi.
f) Penghantaran semula barangan ganti, atau pengeposan semula kepada pelangan akan dibuat oleh pihak kami dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan barang rosak/tidak berfungsi. Kos pengeposan gantian barang ini adalah dibawah tanggungan pihak kami.
g) Tuntutan kos penghantaran kurier atas kesilapan kami menghantar barang yang salah boleh diajukan melalui e-mail kepada kami, dan jumlah tersebut hanya boleh diguna pakai untuk pembelian seterusnya, yakni dianggap sebagai kredit stor dalam bentuk belian di laman web kami (sah bagi tempoh 365 hari dari hari pemulangan).
Kredit stor boleh digunakan untuk membuat pembelian pada masa akan datang melalui laman web kami. Sekiranya kami menghantar barangan yang salah kepada anda atau barangan tersebut didapati rosak, kami akan menghantar barangan ganti kepada anda. Jika barangan tersebut kehabisan stok, kami akan pulangkan wang anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tempat pelancongan

Booking.com